skklia.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skklia@zoom-a.com
| Laman Utama | Kata Alu-aluan | Sejarah | Falsafah Pendidikan | Falsafah Sekolah | Logo Sekolah | Visi & Misi | Objektif Sekolah | Motto Sekolah | Lagu Sekolah | Staf Akademik | Staf Sokongan | Keputusan UPSR | Enrolman pelajar | Aktiviti | Pautan | BUKU PELAWAT | BERITA TERKINI | Doa Sekolah | KOKURIKULUM | Kurikulum | MARQUEE | PANORAMA | PIBG |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah

Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA telah bermula pada 1 Jun 1998 di atas sebidang tanah yang berkeluasan 10 hektar. Amanah untuk mengetuai dan mentadbir sekolah ini telah dimulakan dengan seorang Guru Besar dan seorang pembantu pentadbir.Tuan Hj. Abdul Aziz Bin Othman telah diberi tanggungjawab sebagai Guru Besar pertama sekolah ini.Pada 15 Jun 1998 seramai 15 orang guru mula berkhidmat di sekolah ini dengan bilangan muridnya seramai 272 orang.

Pada 22 Mei 1999 En Baharin Bin Mohd. Sari telah memegang jawatan Guru Besar dengan bilangan muridnya 772 orang dan tenaga pengajarnya pula 39 orang.

Bagi meneruskan usaha-usaha mentadbir sekolah ini, jawatan Guru Besar telah diamanahkan kepada En Abdul Razak Bin Rasdi pada 3 Disember 2003 hinggalah sekarang.Bilangan guru telah bertambah kepada 53 orang dan bilangan murid telah mencecah sebanyak 1142 orang.

Sejak penubuhannya sekolah ini telah berjaya mencapai beberapa kejayaan meliputi bidang Kurikulum dan Ko-Kurikulum. Kemunculan atlet sekolah,pasukan badminton,pasukan skuasy, bola baling dan bola sepak sering menjadi pencabar kepada pasukan yang lain.Begitu juga dengan pasukan Tunas Puteri Sekolah ini merupakan badan beruniform yang aktif di Seremban Barat.Kumpulan ini sering pulang dengan kejayaan besar apabila menyertai sebarang pertandingan.

Selagi semua guru dan murid sekolah ini terus menghayati moto sekolah iaitu ‘Ilmiah,IItizam,Istiqamah’ kejayaan demi kejayaan diharapkan akan terus ditempa oleh wakil sekolah.Doa dan harapan seluruh warga sekolah agar sekolah ini akan terus menempa nama dalam semua bidang selari dengan moto sekolah.


Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: